Persidangan Pembinaan Negara Bangsa

PERSIDANGAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Persidangan
Pembinaan Negara Bangsa

30 November – 2 Disember 2026Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

Latar Belakang

1.2

Hala tuju ini turut diperkukuh dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030 (RMK13) melalui agenda Pembentukan Negara Bangsa di bawah Tonggak D: Mempertingkatkan Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Alam Sekitar. RMK13 menekankan pembentukan sistem sosial berteraskan insan MADANI, pengukuhan integrasi dan perpaduan nasional, patriotisme dan identiti nasional, diplomasi berkesan serta imej Malaysia di arena antarabangsa. Perpaduan yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara turut menjadi asas kepada pembinaan identiti nasional yang kukuh.

1.3

RMK13 juga meletakkan pembentukan negara bangsa sebagai asas kepada keharmonian sosial, kestabilan negara dan pembangunan sosioekonomi yang terangkum serta mampan

1.4

Justeru, wacana nasional yang menghimpunkan pemimpin, sarjana, pembuat dasar, agensi kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta, media, belia dan komuniti akar umbi amat diperlukan bagi memperkukuh kefahaman bersama tentang hala tuju, cabaran dan pendekatan pelaksanaan agenda ini

1.5

Penganjuran Persidangan Pembinaan Negara Bangsa merupakan medan wacana nasional untuk membincangkan pembinaan negara bangsa secara menyeluruh. Pengisian persidangan dirangka bagi menyokong hala tuju RMK13 dengan memberi tumpuan kepada penyertaan pelbagai pemegang taruh, dengan jangkaan persidangan ini dapat menghasilkan rumusan strategik untuk memperkukuh misi pembinaan negara bangsa di peringkat nasional, wilayah dan komuniti

Objektif Persidangan

2.1

Menyediakan platform wacana nasional bagi membincangkan hala tuju pembentukan negara bangsa selaras dengan matlamat yang digagaskan di bawah RMK13

Objektif persidangan
2.2

Menghimpunkan pandangan sarjana, pembuat dasar, agensi kerajaan, NGO, sektor swasta, media, komuniti dan generasi muda bagi merumuskan cadangan praktikal yang boleh memperkukuh pelaksanaan agenda pembinaan negara bangsa

Objektif persidangan

Pelaksanaan Persidangan

Tarikh

30 Nov – 2 Dis 2026

Isnin – Rabu

Tiga hari perbincangan dan perkongsian pandangan.

Tempat

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

Kembali ke Halaman Utama