Background Mobile

Persidangan PembinaanNEGARABANGSA

Bersama idea, melakar masa depan negara bangsa,yang lebih bersatu sejahtera dan berdaya saing.

Tarikh
TARIKH30 November – 2 Disember 2026Isnin – Rabu
Masa
MASA8:00 Pagi – 4:30 Petang
Lokasi
LOKASIPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
ANWAR IBRAHIM

Sekapur Sirih

YAB Perdana Menteri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, saya mengalu-alukan penganjuran Persidangan Pembinaan Negara Bangsa oleh Kementerian Perpaduan Negara. Persidangan ini menggalas amanah besar untuk memeterai kesepakatan nasional dan melakar hala tuju bersama, demi menjulang masa depan Malaysia yang utuh bersatu, berdaulat, dan makmur sejahtera.

Kesepakatan ini berpaksikan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kesetiaan kepada negara. Berteraskan asas tersebut, kepelbagaian etnik, agama, budaya dan wilayah perlu dipertaut melalui identiti kebangsaan yang mengukuhkan rasa memiliki tanah air.

ANWAR IBRAHIM

Perdana Menteri

AARON AGO DAGANG

Seulas Pinang

YB Menteri Perpaduan

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.

Pembinaan negara bangsa merupakan agenda strategik negara yang penting bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara majmuk yang aman, stabil, berdaulat dan dihormati. Pembinaan negara bangsa merupakan proses berterusan dalam membina identiti kebangsaan, rasa kepunyaan bersama, kepercayaan antara komuniti dan kesetiaan kepada asas kenegaraan negara.

Persidangan ini seharusnya menjadi ruang untuk membina jaringan strategik merentas pelbagai organisasi dan institusi agar menjadi pemacu kepada pengukuhan kefahaman dan tanggungjawab bersama dalam menjayakan agenda pembinaan negara bangsa. Atas kepentingan gerak usaha yang sinergi, kefahaman bersama tersebut perlu diterjemahkan kepada kerjasama yang berterusan dan bersepadu melibatkan semua pihak.

AARON AGO DAGANG

Menteri Perpaduan Negara

HASLINA ABDUL HAMID

Selayang Pandang

Ketua Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.

Saya mengalu-alukan kehadiran para peserta ke Persidangan Pembinaan Negara Bangsa yang berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penganjuran persidangan ini menyediakan ruang perkongsian ilmu bagi menyokong pelaksanaan agenda Pembentukan Negara Bangsa dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026–2030 (RMK13). Pembentangan kertas dan sesi perbincangan dalam persidangan ini adalah satu manifestasi bahawa ruang diskusi dan konsultasi dibuka sewajarnya untuk mengumpul buah fikiran dan mendapatkan pelbagai pandangan bagi merealisasikan hala tuju dan usaha-usaha membina negara bangsa yang digagaskan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

HASLINA ABDUL HAMID

Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara

Mengenai

PersidanganPEMBINAAN NEGARA BANGSA

Dialog Negara Bangsa

Persidangan Pembinaan Negara Bangsa merupakan medan wacana nasional untuk membincangkan hala tuju, cabaran dan pendekatan pelaksanaan agenda pembinaan negara bangsa selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

1.0 LATAR BELAKANG

Pembinaan negara bangsa merupakan agenda strategik untuk memastikan Malaysia kekal aman, stabil, berdaulat dan dihormati. Agenda ini memperkukuh identiti kebangsaan, rasa kepunyaan bersama serta kepercayaan antara komuniti.

2.0 OBJEKTIF PERSIDANGAN

Menyediakan platform wacana nasional selaras dengan RMK13 serta menghimpunkan pelbagai pemegang taruh bagi merumuskan cadangan praktikal untuk memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa.

3.0 PELAKSANAAN PERSIDANGAN

Tarikh30 Nov – 2 Dis 2026 (Isnin – Rabu)
TempatPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
Ketahui Lebih Lanjut
Program

ATUR CARA

Ikuti rangkaian program dan sesi perbincangan sepanjang Persidangan Pembinaan Negara Bangsa.

AHLI PANEL

Perspektif pelbagai. Perbincangan bermakna untuk pembinaan negara bangsa.

Ucaptama dan Majlis Pembukaan

YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof
UCAPTAMA

YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

Sesi 1

YAA Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh
UCAPTAMA 1

YAA Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Ketua Hakim Negara

Lihat Profil
YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
PEMBENTANG KERTAS 1

YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi

Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya

Lihat Profil
YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz
PEMBENTANG KERTAS 2

YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz

Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad IbrahimUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Lihat Profil
YBrs. Dr. Sheila Ramalingam
MODERATOR

YBrs. Dr. Sheila Ramalingam

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

Lihat Profil
PICC Putrajaya
Kehadiran

RSVP

Persidangan Pembinaan Negara Bangsa

01

UCAPTAMA & MAJLIS PEMBUKAAN

30 NOVEMBER 2026

Majlis Perasmian Persidangan Pembinaan Negara Bangsa.

DAFTAR UCAPTAMA & MAJLIS PEMBUKAAN
Pendaftaran dibuka
02

SESI PERSIDANGAN

30 NOVEMBER • 1 DISEMBER • 2 DISEMBER 2026

Daftar kehadiran untuk Persidangan Pembinaan Negara Bangsa selama tiga hari.

DAFTAR SESI PERSIDANGAN
Pendaftaran dibuka
03

RUMUSAN PERSIDANGAN DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

2 DISEMBER 2026

Sesi Rumusan dan Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Pembinaan Negara Bangsa..

DAFTAR RUMUSAN PERSIDANGAN DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
Pendaftaran dibuka

Rakan Strategik

Bersama menyokong usaha persidangan pembinaan negara bangsa.

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia

Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia

Institut Malaysia Merdeka

Institut Malaysia Merdeka

Rakan Kolaborasi Korporat

Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru

MRCB

MRCB

Celcom Digi

Celcom Digi

Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

FINAS

FINAS

Penerbit USM

Penerbit USM

Penerbit UKM

Penerbit UKM

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Global Tourism Penang

Global Tourism Penang

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur

Seni Jaya

Seni Jaya

Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia

Mydin

Mydin

Alamanda

Alamanda

Suria KLCC

Suria KLCC

MAHB

MAHB

Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Alor Setar

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru

MRCB

MRCB

Celcom Digi

Celcom Digi

Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

FINAS

FINAS

Penerbit USM

Penerbit USM

Penerbit UKM

Penerbit UKM

Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Global Tourism Penang

Global Tourism Penang

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur

Seni Jaya

Seni Jaya

Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia

Mydin

Mydin

Alamanda

Alamanda

Suria KLCC

Suria KLCC

MAHB

MAHB